MatchPoint Times

Home

Umno perlu kawal naratif perkauman susulan pelantikan Hannah di WP, kata penganalisis

Cover Image for Umno perlu kawal naratif perkauman susulan pelantikan Hannah di WP, kata penganalisis

Syaza Shukri berkata Umno sebagai rakan strategik dalam kerajaan perpaduan perlu bantu untuk elak persepsi ketidakstabilan kerajaan.

PETALING JAYA: Parti mewakili Melayu dalam kerajaan perpaduan terutama Umno perlu memainkan peranan aktif mengawal naratif perkauman cuba dikaitkan pembangkang susulan pelantikan dua pemimpin Cina menerajui portfolio Wilayah Persekutuan, kata penganalisis.

Syaza Shukri dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata isu itu tidak seharusnya dibiarkan berlarutan sehingga mencetuskan persepsi ketidakstabilan kerajaan, sebaliknya dibincangkan secara rasmi di peringkat komponen kerajaan.

Beliau mengakui situasi dihadapi Umno yang perlu dilihat mempertahankan hak dan kepentingan orang Melayu khususnya di kawasan bandar yang mempunyai dinamika kaum sensitif, merujuk kenyataan dikeluarkan Setiausaha Agungnya Asyraf Wajdi Dusuki, semalam.

Tags:CinaDAPHannah YeohMelayupolitikrombakan kabinetUmnoWilayah Persekutuan


Sarawak DAP’s federal post a clear ‘U-turn’, says SUPP leader

Sim Kiang Chiok says Mas Gading MP Mordi Bimol’s appointment as deputy youth and sports minister contradicts the party’s earlier promise to remain as backbenchers.

🟡FMT Reporters

Pelajar ditemui maut di pentas Dewan Canselor UMS

Mayat pelajar lelaki berusia 23 tahun itu ditemui terbaring di pentas oleh dua pekerja penyelenggaraan pagi tadi.

🟡FMT Reporters