PETALING JAYA: Ahli Parlimen Subang Wong Chen perlu ‘berundur secara terhormat’ sekiranya merasakan tidak lagi seiring perjuangan parti pada masa ini, kata Timbalan Ketua PKR Subang Wan Hasifi Amin.
Wan Hasifi berkata, pihaknya kecewa dan turut hilang keyakinan terhadap Wong yang tidak menghadiri mesyuarat PKR Subang sejak pemilihan kepimpinan 2022, malah sehingga kini tiada penubuhan jawatankuasa Pakatan Harapan (PH) Parlimen Subang.
“Kami tidak mahu terus rasa terpinggir. Kami perlukan Ahli Parlimen yang bersedia turun padang bersama akar umbi PKR Subang, mendengar suara rakyat, memperkukuh semangat perjuangan dan bukannya menjauhi barisan akar umbi.