KUALA LUMPUR: Kejohanan sukan tempur, War Zone Championship yang dijadual berlangsung Disember ini tidak mendapat kelulusan daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS).
KBS dalam satu kenyataan memaklumkan, sebarang penganjuran acara sukan, khususnya yang melibatkan penyertaan antarabangsa, perlu mendapat kelulusan daripada Pesuruhjaya Sukan Malaysia (PJS) selaras dengan Akta Pembangunan Sukan 1997.
“Bagi mana-mana penganjuran acara sukan antarabangsa yang tidak memperoleh kelulusan PJS, tindakan boleh diambil di bawah Seksyen 36, akta itu.
