PETALING JAYA: Isu hidangan minuman alkohol pada majlis didakwa melibatkan Tourism Malaysia akan dibincangkan di Kabinet, kata Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi.
Zahid, yang juga presiden Umno menegaskan pihaknya menolak sekeras-kerasnya tindakan itu sebagai tidak wajar serta bercanggah kedudukan Malaysia sebagai negara Islam.
“Saya sendiri akan membawa ke Mesyuarat Jemaah Menteri atas ketidaksetujuan Umno, dan sebagai presiden parti, kita menolak 100% acara itu kerana ia adalah adalah acara yang tidak pernah diadakan di negara kita,” katanya menurut Harian Metro.