PUTRAJAYA: Bekas Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin memohon Mahkamah Persekutuan menyemak semula keputusan yang membenarkan PKR memohon kebenaran merayu keputusan Mahkamah Rayuan yang mengurangkan liabilitinya di bawah bon parti daripada RM10 juta kepada RM100,000.
Beliau memohon supaya Mahkamah Persekutuan membatalkan perintah yang dikeluarkan awal tahun ini dan mendengar semula permohonan kebenaran merayu PKR.
Satu notis usul yang dilihat oleh FMT mendedahkan bahawa permohonan itu, berdasarkan Peraturan 137 Peraturan Mahkamah Persekutuan 1995, telah difailkan bulan lalu.
