PETALING JAYA: Tiga belas lelaki didakwa di Mahkamah Sesyen Sepang atas kesalahan menganggotai kumpulan jenayah terancang ‘Geng Captain Praba’ sejak Disember 2023 hingga 11 Sept lalu.
M Lavindran, 27; M Meganathan, 37; M Tinesh, 20; K Utayaragu, 29; M Thinesh, 31, S Jeevan, 19; J Sangaranarayanan, 28; P Joshua, 35; M Devindran, 25; M Nokarju, 29; S Tivagaran, 22; S Logeswaran, 26, dan D Vijayakumar, 36, ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012.
Harian Metro melaporkan tiada pertuduhan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan dalam bahasa Tamil di depan Hakim Ahmad Fuad Othman kerana kes itu bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.