GAZA: Sekurang-kurangnya 14 terbunuh, manakala puluhan lagi cedera apabila jet pejuang Israel menyerang Kompleks Perubatan Nasser di Khan Yunis, lapor Agensi Berita dan Maklumat Palestin (WAFA) memetik sumber perubatan.
Antara yang terkorban termasuk jurukamera Palestin TV Hossam al-Masry, jurukamera Al Jazeera Mohammed Salama, dan wartawan Maryam Abu Daqqa, sementara beberapa wartawan lain turut cedera.
Petugas kesihatan dan pasukan pertahanan awam turut terbunuh ketika cuba memindahkan mangsa cedera.