PETALING JAYA: Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini merasmikan Laman Rel Mahkota di Kluang, sebuah infrastruktur awam bertaraf dunia yang menjadi mercu tanda baharu serta pengiktirafan kepada bandar kereta api itu.
Taman sepanjang 2.8km itu dibangunkan di bawah jajaran Projek Landasan Berkembar Elektrik Gemas–Johor Bahru (GJBEDTP) dan disumbangkan oleh SIPP-YTL JV, kontraktor utama projek berkenaan.
Menteri Pengangkutan Loke Siew Fook dalam kenyataan berkata pembangunan kemudahan tersebut membuktikan kerjasama erat antara kerajaan, pihak berkuasa tempatan dan sektor swasta dalam merealisasikan infrastruktur awam bertaraf dunia.