PETALING JAYA: Seorang Ahli Parlimen pembangkang mendakwa menerima dokumen sulit berhubung kos penjenamaan semula Tabung Haji (TH) yang didakwa lebih tinggi berbanding RM5.9 juta.
Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) berkata berdasarkan maklumat diperolehnya, kos penggunaan perunding bagi proses itu menelan RM18 juta, bukan seperti jawapan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar di Dewan Rakyat.
“Jawapan menteri agama mengatakan RM5.9 juta terlibat dengan penjenamaan semula TH itu sangat salah. Dalam dokumen ini RM18 juta.