WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) pada Khamis mengumumkan sekatan baharu menyasarkan rangkaian perkapalan dan penerbangan didakwa terbabit perdagangan petroleum haram Iran, lapor Anadolu Ajansi memetik kenyataan Jabatan Negara AS.
Tindakan bersepadu Jabatan Negara dan Jabatan Perbendaharaan itu bertujuan memutuskan aliran pendapatan didakwa Washington digunakan untuk membiayai aktiviti “memudaratkan” kerajaan Iran, termasuk sokongan kepada proksi serantau serta pemerolehan sistem senjata didakwa mengancam pasukan dan sekutunya.
Jabatan Negara berkata, ia menyenarai hitam 17 entiti, individu dan kapal di beberapa negara, termasuk India, Panama dan Seychelles kerana didakwa memudah cara penjualan petroleum serta produk petroleum Iran.
