PETALING JAYA: Pemimpin Perikatan Nasional (PN) Saifuddin Abdullah menggesa kerajaan persekutuan supaya jujur, inklusif dan adil dalam menunaikan hak Sabah memperoleh 40% daripada hasil yang dikutip dari negeri itu.
Dalam tulisan ruangan Merentas Ruang diterbitkan di Sinar Harian, Saifuddin mendakwa kerajaan dilihat bersikap ‘flip-flop’ terhadap keputusan mahkamah yang mengesahkan hak Sabah itu.
Ahli Parlimen Indera Mahkota itu berkata ini kerana kerajaan pada mulanya menyatakan tidak akan buat rayuan tetapi selepas itu merayu beberapa asas penghakiman.
