PUTRAJAYA: Mahkamah Persekutuan menolak permohonan mengembalikan perintah Mahkamah Tinggi yang menganugerahkan seorang bekas pramugari aset perkahwinan kira-kira RM87.8 juta – dipercayai jumlah tertinggi pernah diberikan kepada pasangan bukan Islam dalam kes pemisahan kehakiman.
Panel tiga hakim diketuai Hakim Besar Malaya, Hasnah Hashim menolak hujah wanita itu bahawa tanggungjawab membuktikan keseluruhan aset perkahwinan terletak sepenuhnya pada suaminya, yang juga ahli perniagaan.
Dalam alasan penghakiman pada Selasa, Hasnah menegaskan beban pembuktian sentiasa terletak pada pihak yang menuntut.
