PETALING JAYA: Pemain industri vape berpandangan hasrat kerajaan memperluaskan cukai prokesihatan kepada produk rokok elektronik disifatkan pendekatan lebih wajar berbanding larangan menyeluruh.
Pengarah Nanostix Innovations Sdn Bhd, Shahabudeen Jalil, berkata kawalan itu bukan sahaja melindungi kesihatan awam, malah memelihara kelangsungan industri tempatan yang sah dan bertanggungjawab.

“Walaupun pengenalan cukai ini dijangka memberi kesan terhadap harga produk dan operasi pengeluar, kami percaya ia merupakan pendekatan kawalan yang lebih wajar, inklusif dan progresif berbanding larangan menyeluruh,” katanya dalam kenyataan.