PETALING JAYA: PAS menegur DAP dan Umno kerana melibatkan polis dan orang awam berhubung isu Jalur Gemilang baru-baru ini.
Setiausaha Agung Takiyuddin Hassan berkata kedua-dua parti itu sepatutnya mencari jalan damai secara dalaman, lebih-lebih lagi isu memasang Jalur Gemilang secara terbalik dalam siasatan polis.
“Malangnya ia diperbesarkan oleh saling tindakan kedua-dua parti dengan alasan dan motif masing-masing,” menurut kenyataan.