PETALING JAYA: Jemaah Menteri memutuskan tindakan tegas akan diambil terhadap ‘ahli politik tidak bertanggungjawab’ yang menghasut sentimen, berkait isu Jalur Gemilang baru-baru ini, menurut seorang menteri.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Chang Lih Kang berkata Jemaah Menteri bincang isu itu secara khusus dalam mesyuarat semalam, dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim serta anggota lain ‘amat bimbang’ perkara ini boleh menjejaskan keterujaan rakyat menyambut Hari Kebangsaan.
Mengulas tentang siasatan polis ke atas isu tersebut, beliau berkata: “Kita akan tunggu dan lihat jika ada individu akhirnya akan didakwa di mahkamah,” lapor Malaysiakini yang memetik ucapan beliau di satu majlis di Klang hari ini.