MatchPoint Times

Home

‘Kita semua ada tanggungjawab’, Karyawan seru kes persenda kavadi jadi iktibar

Cover Image for ‘Kita semua ada tanggungjawab’, Karyawan seru kes persenda kavadi jadi iktibar

Persatuan Karyawan Malaysia beri peringatan Malaysia terbina atas asas perpaduan dan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum dan agama.

PETALING JAYA: Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) seru kes persenda upacara Thaipusam kavadi dijadikan iktibar, dengan peringatan bahawa semua pihak bertanggungjawab memelihara keharmonian yang menjadi asas negara.

Mengulas kontroversi video tular membabitkan penyampai radio Era FM dan tindakan segera pihak stesen radio serta pihak berkuasa, Presiden Freddie Fernandez berkata sebarang isu yang menyentuh sensitiviti agama dan bangsa tidak harus dipermainkan oleh mana-mana pihak.

“Malaysia terbina atas asas perpaduan dan keharmonian antara masyarakat berbilang kaum dan agama. Oleh itu, adalah menjadi tanggungjawab kita semua untuk memahami serta menghormati satu sama lain khususnya dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan agama,” menurut kenyataan.

Tags:Freddie Fernandezhos era fmkaryawankavadipersenda


Penyerang Pejabat Daerah Sungai Golok bertudung labuh, purdah

Timbalan Datuk Bandar Sungai Golok Aphichet Jeh-Ouma percaya serangan itu bagi menimbulkan huru-hara di bandar sempadan selatan Thailand itu.

🟡FMT Reporters

2 polis ditahan positif dadah di pusat karaoke

Hasil pemeriksaan mendapati anggota polis lelaki dan wanita itu positif Eramin 5 serta ketamin.

🟡FMT Reporters