KUALA LUMPUR: Malaysia melangkah setapak lagi dalam memperkukuh hubungan strategik dengan Amerika Syarikat selepas kedua-dua negara menandatangani memorandum persefahaman (MoU) pertahanan bagi meningkatkan kerjasama keselamatan dan keupayaan ketenteraan.
Majlis menandatangani MoU itu berlangsung sebelum mesyuarat dua hala antara Menteri Pertahanan Khaled Nordin dan Setiausaha Perang AS Pete Hegseth sempena Mesyuarat Menteri-menteri Pertahanan Asean (ADMM) dan ADMM-Plus yang akan berlangsung di ibu negara bermula esok hingga 2 November.
Khaled berkata MoU itu menandakan permulaan kepada satu kerangka formal dan berstruktur antara Malaysia dan Amerika Syarikat dalam aspek pertahanan, yang sebelum ini dijalankan melalui latihan bersama, pertukaran pegawai serta sokongan keupayaan ketenteraan.
