PETALING JAYA: Timbalan Presiden Umno Mohamad Hasan menggesa DAP menasihatkan sayap Pemuda parti itu supaya lebih rasional dan tidak bertindak melulu apabila mendesak untuk memutuskan hubungan dengan Ketua Pemuda Umno Dr Akmal Saleh.
Mohamad yang juga dikenali sebagai Tok Mat berkata dalam apa juga pergeseran, setiap tindakan pasti akan mengundang reaksi dan akhirnya ia boleh menggugat kestabilan negara.
Merujuk tindakan Akmal mengetuai perarakan ke kedai perkakasan di Kepala Batas, Pulau Pinang yang mencetuskan kontroversi kerana didakwa mengibarkan Jalur Gemilang terbalik, Mohamad berkata tindakan tidak harus tertumpu kepada satu pihak.