KUALA LUMPUR: Polis sekali lagi memberi amaran kepada penganjur untuk tidak meneruskan himpunan menolak kedatangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump dijangka berlangsung di Ampang Park esok.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Fadil Marsus, berkata ia kerana lokasi yang dicadangkan itu hanya terletak kira-kira 500m dari ‘zon merah’ Sidang Kemuncak Asean ke-47.
pihaknya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang sekiranya penganjur masih berdegil.
