MatchPoint Times

Home

Sukan SEA: Malaysia sekali lagi raih perak acara berpasukan badminton lelaki

Cover Image for Sukan SEA: Malaysia sekali lagi raih perak acara berpasukan badminton lelaki

Malaysia tewas 3-0 kepada Indonesia, sekali gus mengulangi keputusan sama dua tahun lalu.

PETALING JAYA: Pasukan badminton lelaki negara membawa pulang pingat perak di Sukan SEA Bangkok, Thailand, selepas tewas 3-0 kepada Indonesia yang turun dengan skuad lebih kuat.

Aksi final itu mengulangi keputusan edisi terdahulu di Kemboja dua tahun lalu apabila Malaysia juga menamatkan saingan sebagai naib juara.

Skuad Malaysia sebenarnya berharap dapat menamatkan kemarau pingat emas selama 20 tahun dalam acara berpasukan lelaki di temasya dwitahunan itu, namun hajat itu musnah apabila Indonesia — juara dalam tujuh daripada lapan edisi terakhir — sekali lagi membuktikan kelebihan mereka.

Tags:aaron chiaBadmintonBangkokJustin HohLeong Jun Haosoh wooi yikSukan SEAThailand


Tindakan terhadap TM berkait NG999 tertakluk penelitian jawatankuasa, kata Fahmi

Menteri komunikasi berkata jawatankuasa itu akan menilai apa-apa bentuk pelanggaran.

🟡FMT Reporters

Sukan SEA: Taekwondo wanita cipta kejutan raih emas

Seah Jing Ying, Wong Zin dan Yow Mei Yee mengatasi pasukan Thailand dalam aksi final di Bangkok.

🟡FMT Reporters