MatchPoint Times

Home

Susulan kekecohan, Muhyiddin tegaskan tiada kem dalam Bersatu

Cover Image for Susulan kekecohan, Muhyiddin tegaskan tiada kem dalam Bersatu

Presiden Bersatu berkata, beliau akan minta maklumat penuh daripada pegawai sebelum ambil tindakan lanjut.

SHAH ALAM: Presiden Bersatu Muhyiddin Yassin menegaskan tiada kem di dalam parti itu, susulan kekecohan berlaku ketika beliau berucap pada Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu Ke-8 malam ini.

Apabila ditanya pada sidang media sama ada wujud kem di dalam parti itu susulan desakan lantang daripada perwakilan agar beliau meletak jawatan, Muhyiddin berkata: “Tak ada kem A, kem C atau kem C.”

Terdahulu, suasana di Ideal Convention Centre (IDCC) yang pada awalnya tenang bertukar kecoh ketika Muhyiddin mengingatkan ahli mengikut perlembagaan parti, namun disambut dengan perwakilan yang bangkit melaungkan rasa tidak puas hati, selain mendesaknya agar ‘letak jawatan’.

Tags:IDCCkekecohanletak jawatanMuhyiddin Yassinperhimpunan agung tahunansidang media


Dakwaan subsidi warga asing, PM belum mohon maaf, kata Muhyiddin

Presiden Bersatu itu juga berkata, beliau masih belum terima laporan siasatan SKMM yang sepatutnya sudah berjalan 3 minggu.

🟡Mohamad Fadli

Near-extinct heritage dishes take spotlight at food festival

The festival showcases over 150 heritage dishes from 10 districts in Kelantan.

🟡Bernama