PETALING JAYA: Jabatan Peguam Negara (AGC) tidak bercadang mendakwa individu lain berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir sehingga prosiding inkues di Mahkamah Koroner selesai.
Peguam Negara, Mohd Dusuki Mokhtar, berkata hanya lima pelajar perempuan yang didakwa berhubung kes itu.
“Justeru, setakat ini tiada cadangan untuk menuduh mana-mana suspek sehingga prosiding inkues selesai. Selepas prosiding berkenaan selesai, kita akan melihat semula dan tindakan akan dilakukan berdasarkan hasil inkues.