KUALA LUMPUR: Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh menggesa orang ramai agar tidak menjadikan pengecualian seni bela diri tradisional kaum India, silambam, daripada Sukma 2026 sebagai isu perkauman, menegaskan bahawa keputusan itu hak mutlak negeri penganjur.
“Jawatankuasa Sukma telah bermesyuarat dan Selangor sebagai negeri penganjur telah membuat keputusan untuk memilih beberapa sukan yang mereka kira penting untuk mereka.
“Dan ini bukan hanya Selangor, setiap Sukma kita boleh lihat negeri penganjur bebas memilih sukan yang mereka nak.