PETALING JAYA: Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno Sharkar Shamsudin mendakwa ramai akar umbi MIC tidak mahu keluar daripada Barisan Nasional (BN) di sebalik spekulasi parti itu mungkin meninggalkan gabungan.
Dakwanya, hanya pemimpin MIC ingin keluar daripada BN dan perkara itu tidak adil kepada ahli yang tidak bersetuju dengan keputusan tersebut.
Justeru, beliau mencadangkan MIC membuat pengundian supaya ahli boleh memilih sama ada mahu keluar atau kekal dalam BN.
